mummy imissyou
was posted at 12:09 AM with 0 comments
mama , listen hear

terima kasih sebab membesarkan eeka dengan sempurna sampai jadi orang macam ni :') terima kasih sebab sanggup tanggung beban untuk menjaga eeka , menahan sakit , suka , duka semuanya . im appreciate that mom .

bila dahaga yang susukan eka , mama
bila lapar yang suapkan eka , mama
bila keseorangan yang disamping eka ialah mama
kata mama , perkataan yang akan eka sebut, "mama"
bila eka bangun tidur , eka cari mama 
bila eka nangis orang yang pertama datang , mama
bila nak bermanja eka cari , mama
bila nak bergesel eka duduk sebelah, mama
bila sedih yang boleh memujukku hanya , mama
bila nakal yang memarahiku adalah,mama
bila eka merajuk yang boleh memujukku hanya, mama
bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah, mama
bila takut , yang boleh tenangkan eka hanya , mama
bila nak peluk , yang eka suka peluk hanya , mama
eka selalu teringatkan, mama
bila sedih eka akan telifon , mama
bila seronok , orang pertama yang eka akan beritahu , mama
bila eka bengang , eka akan luah pada , mama
bila takut , eka selalu panggil . "MAMAAAA" !
bila sakit , orang yang paling risau adalah , mama
bila nak exam orang yang paling sibuk juga mama
bila buat hal , yang marah dulu adalah , mama
bila ada masalah , yang paling risau adalah mama 
yang masih peluk dan cium aku sampai ke hari ni , mama
yang selalu masak kegemaranku , mama
yang selalu berleter dekat aku , mama
yang selalu puji eka juga , mama
paling kerap menasihatiku juga , mama


you are the best mom that i ever had , takda siapa boleh gantikan mama and babah dihati eeka , you are the one , terima kasih maa untuk segalanya . eka tahu , eka banyak buat salah dengan mama . dosa eka terhadap mama sangat banyak . eka selalu melawan cakap mama , buat mama menangis , buat hati mama bimbang . im sorry tapi tuu semua dulu ma . now eka akan jaga mama , eka tahu babah pun harapkan yang eka akan jaga mama . eka nak babah tenang tenguk kita semua bahagia dekat sini . eka tahu hidup tanpa suami ni agak susahkan ma? semuanya mama yang kena buat :'( eka tak boleh tenguk mama macam ni . hari hari mama kerja sebab nak sara kiteorang adik beradik. eka salute dekat mama . mama memang tabah , kuat . andailaa eka boleh jadi sekuat mama . tapi eka betul2 tak mampu .semua rahsia eka mama tahu kan . pasal boypreng eka semua habis eka cerita haha :') sejak babah takda , mama dah tak sehappy dulu . walaupun mama senyum tapi eka nampak dalam mata mama sebenarnya mama sedih kan? eka tahu , mama kalau ada masalah mama mesti masuk bilik menangis sebab runsing kan maa ? before ni babah ada , mama akan mengadu dengan babah . now mama dah takda tempat mengadu . eka akan jadi anak yang akan dibangga kan mama suatu hari nanti ,i promised mom , eka akan ubah hidup family kita :') mama tak rindu eka ke? malam malam eka selalu datang bilik mama temankan mama tidur , eka tahu mama takut tidur sorang sorang kan ?

mama engat time dulu mula mula babah tinggalkan kita :'( eka meraung menangis sebab tak boleh terima . babah suka manjakan eka . apa eka nak semua dia belikan walaupun tengah takda duit . time dekat ward , ekaa dengar bunyik alat pernafasan babah tiba tiba berhenti . then doktor nurse datang , eka tak tahu nak buat apa maa , eka buntu semua kelang kabut , then doktor beritahu yang babah takda , terduduk eka dekat penjuru bilik tuu maa . lemah lutut rasanya , then hospital dah uruskan jenazah babah , mama ikut naik ambulans , eka naik kereta dengan abang akak semua , eka balik balik semua dah tersedia , orang taman yang uruskan . semua orang pandang eka ma , suruh eka sabar tapi diaorang tak tahu apa eka rasa , lepas sembahyangkan jenazah , imam suruh eka cium babah , mama tahu , muka babah suci bersih . habis eka cium babah . eka nampak babah tersenyum .(menangis) lepastu eka pergi kubur , eka berdiri betul betul depan liang lahad tuu , time orang tuu dah masukkan babah dalam liang lahad , orang tuu bukakkain kapan dekat muka babah , eka tenguk babah senyum , time tuu ma eka nak pengsan rasanya , tapi abang eri peluk eka . suruh eka kuatkan semangat . kalau eka pengsan mahu eka termasuk dalam liang lahad tuu . hmm mama eka rindu babah sangat :'(

okay , dah taknak cakap pasal ni lagi , menitik2 air mata eka dekat lapp ni haa , short jugak lapp ni karang ,
ekaa nak mama tahu yang eka betul betul sayangkan mama , taknak kehilangan mama . ekaa rindukan mama. yaallah kau panjangkanlah umur dia yaallah amin :') mama iloveyou


LOTS OF LOVE,